Monday, June 7, 2010

Program Kecemerlangan UPSR 2010 (Fasa 2)

Untuk Pelajar Asli
Gelora Beach Resort - 15 - 17 Apr 2010 (Fasa 1)
Sri Pantai Beach Resort Melawi - bermula 4 Jun 2010 - 19 Jun 2010 (fasa 2)

Untuk Pelajar SK
Kem Kecemerlangan untuk pelajar RKT
Kesedar Inn 27 - 28 Mei 2010
Kem Didik Berita Harian - 5 - 6 Jun 2010 (Pusat Sivik Gua Musang)

Untuk pelajar Miskin UPSR anjuran KESEDAR sekolah terlibat
1. SK Gua Musang (8 orang)
2. SK Sri Wangi (8 orang)
3. SK Seri Wangi 2 (8 orang)
4. SK Lepan Jaya (4 orang)
5. SK Tg Mohd Fakhry Petra (8 orang)
6. SK Sungai Terah (4 orang)

bertempat di D'Balli Training Centre Tok Bali pada 14 - 16 Jun 2010

Hampir kesemua zon dan sekolah telah selesai mengadakan program peningkatan akademik, tahniah di ucapkan kepada semua, semoga dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini akan dapat mengembalikan semula Gua Musang kepada kecemerlangan InsyaAllah.

Wednesday, May 5, 2010

PROGRAM CAKNA PENDIDIKAN, ANAK TERBILANG

PPD Gua Musang, JPN Kelantan dengan Kerjasama KESEDAR Wilayah Gua Musang akan mengadakan program motivasi Ibubapa Sekolah-sekolah Pedalaman Negeri Kelantan. Antara Sekolah-sekolah yang terlibat ialah :
1. SK Lepan Jaya
2. SK Star
3. SK Sungai Terah
4. SK Jerek
5. SK Pasir Tumboh
6. SK Limau Kasturi 1
7. SK Limau Kasturi 2
8. SK Bertam
9. SK Kuala Sungai

Penceramah Jemputan yang terlibat dalam program ini ialah Tn Hj Nik Mohd b Nik Lib (PK HEM SMK Belimbing Tanah Merah) dan En Mohd Khalik b Wok (SMK Bunut Susu Pasir Mas)

Tuesday, April 6, 2010

Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan SKPM Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan

UNTUK MAKLUMAN, PENGISIAN RUMUSAN SKOR PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH BERASASKAN SKPM OLEH PENGETUA SECARA ONLINE BERMULA PADA 5 APRIL 2010 JAM 12:00 TENGAH HARI

www.moe.gov.my/nkra

Monday, February 8, 2010

Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke Gua Musang pada 7 - 8 Feb 2010

Saturday, February 6, 2010

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN PADA 6/2/2010

Monday, January 25, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

TAHNIAH!!
DI UCAPKAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2
KERANA TERPILIH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
SEMOGA SEMUA SEKOLAH YANG LAIN AKAN BERUSAHA UNTUK
MENCAPAI SEBAGAIMANA SK ZAINAB 2 PEROLEHI
TAHNIAH!!

Friday, January 22, 2010

Duduk terlalu lama bahaya kesihatan

Berita Harian Jumaat 22 Januari 2010-Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam. Penyeldidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk - tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer - besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati. Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama. Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.