Monday, May 4, 2009

MESYUARAT PELAPORAN UBB 2 DAN LDP

Perhatian kepada semua Guru Besar,
Satu mesyuarat pelaporan UBB 2 dan LDP akan diadakan pada 7hb Mei 2009 Jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Gunasama 1, Bangunan Persekutuan Gua Musang, antara perkara yang perlu dibawa :
i. Analisis UBB 2 Tahun 6 (2009)
ii. Keputusan Pelajar Target UPSR 2009
iii. Perancangan peningkatan kecemerlangan akademik
iv. Laporan Perlaksanaan LDP secara “School Base“
v. Perancangan LDP secara “School Base“

Friday, May 1, 2009

PERLAKSANAAN KURSUS

PERHATIAN!!!

Kepada semua SU LDP sekolah, mana-mana sekolah yang masih belum melaksanakan kursus LDP secara "school base" adalah diwajibkan melaksanakan segera, sebelum peruntukan di tarik balik. Adalah di harapkan kursus tersebut mestilah mencakupi aspek-aspek yang di maklumkan iaitu : Peningkatan pengetahuan profesionalisme (P &P), Peningkatan Kemahiran Profesionalisme (Pengurusan) dan Nilai dan Amalan Profesionalisme (Sahsiah diri),dan ianya perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebelum JUN. Arahan ini adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia.