Tuesday, December 29, 2009

WELCOME 2010

Assalamualaikum,
Kepada semua warga pendidik tak kira di mana sahaja berada, di ucapkan selamat tahun baru, di harapkan tahun 2010 akan memberi lebih sinaran kepada semua warga pendidik, terutama kepada warga pendidik negeri Kelantan, semoga tahun 2010 akan menjadikan Negeri Kelantan no 1 dalam semua bidang, terutama bidang akademik, marilah kita semua bekerja dengan penuh ketakwaan dan tawadu', pandanglah pelajar kita dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan, lihatlah masa depan mereka, zaman akan datang mereka, didiklah, bimbinglah, asuhlah dan dewasakanlah mereka, mungkin cara kita berbeza, tapi matlamat kita semua sama, ingin melihat anak didik kita menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jayakanlah misi yang selama ini di bina, CAKNA PENDIDIKAN KELANTAN TERSOHOR 2010, realitikan ia, saya pemilik blog ini sekali lagi mengucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya..semoga semuanya berjaya

Saturday, December 19, 2009

Mesyuarat Pengurusan PPD GM

Mesyuarat ini akan berlangsung pada 20 Disember 2009 di Kesedar Inn, mesyuarat ini akan dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar dari seluruh daerah Gua Musang. Mesyuarat ini akan berlangsung jam 2.00 petang. Antara agenda mesyuarat ialah :
1. Persediaan sekolah untuk menghadapi persekolahan 2010.
2. Taklimat SKPM
3. BA ' IAH
4. LINUS
5. Pemerkasaan Headcount dalam menghadapi 2010

Thursday, December 17, 2009

Majlis Penyampaian Kecemerlangan Akademik PPD Gua Musang

Majlis ini akan berlangsung pada hari Sabtu 19 Disember 2009 jam 9.00 pagi bertempat di Bukit Chekati Gua Musang, akan dihadiri oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Majlis penyampaian ini akan diberikan kepada pelajar-pelajar UPSR 2009 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, dan juga kepada sekolah yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik

Tuesday, December 15, 2009

Meyuarat Pengurusan 2010 dengan PK1







Mesyuarat ini telah berlangsung di SMKTIP 1 pada 15 Disember 2009, mesyuarat ini adalah berkaitan dengan pelaporan SKPM, Ba'iah, dan LINUS.