Thursday, August 12, 2010

Pemantauan ke SK Balar dan SK Pulat

Pada 9 Ogos 2010 bersama dengan Pensyarah Institut Aminudin Baki membuat kunjung Kasih ke SK Balar.




Lawatan ini adalah ingin melihat program terkini yang dijalankan oleh pihak sekolah mengenai peningkatan UPSR 2010





Pada 10 Ogos 2010 lawatan ke SK Pulat untuk melihat pelaksanaan LINUS dan Program peningkatan UPSR



Laporan di sediakan oleh : Wan Badruddin




Sunday, July 4, 2010

Analisis UBB3 (Ujian Pertengahan Tahun 2010)

Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua Setiausaha Peperiksaan Sekolah, tarikh penghantaran HC3 Ujian Pertengahan tahun perlu di hantar sebelum atau pada
13 Julai 2010.
Kerjasama dan tindakan tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Monday, June 7, 2010

Program Kecemerlangan UPSR 2010 (Fasa 2)

Untuk Pelajar Asli
Gelora Beach Resort - 15 - 17 Apr 2010 (Fasa 1)
Sri Pantai Beach Resort Melawi - bermula 4 Jun 2010 - 19 Jun 2010 (fasa 2)

Untuk Pelajar SK
Kem Kecemerlangan untuk pelajar RKT
Kesedar Inn 27 - 28 Mei 2010
Kem Didik Berita Harian - 5 - 6 Jun 2010 (Pusat Sivik Gua Musang)

Untuk pelajar Miskin UPSR anjuran KESEDAR sekolah terlibat
1. SK Gua Musang (8 orang)
2. SK Sri Wangi (8 orang)
3. SK Seri Wangi 2 (8 orang)
4. SK Lepan Jaya (4 orang)
5. SK Tg Mohd Fakhry Petra (8 orang)
6. SK Sungai Terah (4 orang)

bertempat di D'Balli Training Centre Tok Bali pada 14 - 16 Jun 2010

Hampir kesemua zon dan sekolah telah selesai mengadakan program peningkatan akademik, tahniah di ucapkan kepada semua, semoga dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini akan dapat mengembalikan semula Gua Musang kepada kecemerlangan InsyaAllah.

Wednesday, May 5, 2010

PROGRAM CAKNA PENDIDIKAN, ANAK TERBILANG

PPD Gua Musang, JPN Kelantan dengan Kerjasama KESEDAR Wilayah Gua Musang akan mengadakan program motivasi Ibubapa Sekolah-sekolah Pedalaman Negeri Kelantan. Antara Sekolah-sekolah yang terlibat ialah :
1. SK Lepan Jaya
2. SK Star
3. SK Sungai Terah
4. SK Jerek
5. SK Pasir Tumboh
6. SK Limau Kasturi 1
7. SK Limau Kasturi 2
8. SK Bertam
9. SK Kuala Sungai

Penceramah Jemputan yang terlibat dalam program ini ialah Tn Hj Nik Mohd b Nik Lib (PK HEM SMK Belimbing Tanah Merah) dan En Mohd Khalik b Wok (SMK Bunut Susu Pasir Mas)

Tuesday, April 6, 2010

Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan SKPM Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan

UNTUK MAKLUMAN, PENGISIAN RUMUSAN SKOR PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH BERASASKAN SKPM OLEH PENGETUA SECARA ONLINE BERMULA PADA 5 APRIL 2010 JAM 12:00 TENGAH HARI

www.moe.gov.my/nkra

Monday, February 8, 2010

Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke Gua Musang pada 7 - 8 Feb 2010

Saturday, February 6, 2010

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN PADA 6/2/2010

Monday, January 25, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

TAHNIAH!!
DI UCAPKAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2
KERANA TERPILIH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
SEMOGA SEMUA SEKOLAH YANG LAIN AKAN BERUSAHA UNTUK
MENCAPAI SEBAGAIMANA SK ZAINAB 2 PEROLEHI
TAHNIAH!!

Friday, January 22, 2010

Duduk terlalu lama bahaya kesihatan

Berita Harian Jumaat 22 Januari 2010-Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam. Penyeldidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk - tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer - besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati. Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama. Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.

Sunday, January 17, 2010

ANALISIS PRESTASI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Untuk makluman Tuan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpul maklumat analisis prestasi peperiksaan mengikut tahap dan tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 5, sehubungan itu, dipohon jasa baik tuan untuk menyediakan maklumat tersebut. Sila download borang melalui laman web ini

Borang

Sila email kembali ke email berikut untuk tindakan selanjutnya

snmtppdgm@gmail.com atau wanbad05@gmail.com

sebelum 23 Januari 2010

sekian terima kasih.

Wednesday, January 13, 2010

KURSUS LITERASI DAN NUMERASI PPD GM

Assalamualaikum,
Kepada semua yang berkenaan, satu kursus kepada guru LINUS (Literasi dan Numerasi) dalam daerah Gua Musang akan di adakan pada 24 - 26 Januari 2010 untuk Literasi dan 26 - 28 Januari 2010 untuk Numerasi. Kursus tersebut akan berlangsung di Hotel Grand Riverview Kota Bharu. Untuk pendaftaran boleh lah ke laman blog ini snmtppdgm.blogspot.com

Untuk makluman buat permulaan ini seorang guru matematik tahun 1 dan seorang guru bahasa melayu tahun 1 di wajibkan hadir untuk menjayakan kursus tersebut. Kepada sekolah yang tidak dapat menghantar peserta akan di anggap tidak memberi kerjasama dan menggagalkan agenda negara.

Tuesday, January 12, 2010

Perhimpunan Bulanan PPD GM

Perhimpunan ini telah diadakan pada

10 Januari 2010



bertempat di PPD Cawangan (SMK TIP2)

Jam 8.00 pagi



Sempena dengan majlis perhimpunan ini diadakan juga majlis perpisahan kepada 2 orang pegawai yang telah bertukar:

1. En Ibrahim b Mat (Naik pangkat Guru Besar SK Blau)
2. En. Roslee @ Isahak (bertukar ke Pasir Puteh)