Friday, January 22, 2010

Duduk terlalu lama bahaya kesihatan

Berita Harian Jumaat 22 Januari 2010-Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam. Penyeldidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk - tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer - besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati. Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama. Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.

0 comments: