Monday, January 25, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

TAHNIAH!!
DI UCAPKAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2
KERANA TERPILIH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
SEMOGA SEMUA SEKOLAH YANG LAIN AKAN BERUSAHA UNTUK
MENCAPAI SEBAGAIMANA SK ZAINAB 2 PEROLEHI
TAHNIAH!!

Friday, January 22, 2010

Duduk terlalu lama bahaya kesihatan

Berita Harian Jumaat 22 Januari 2010-Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam. Penyeldidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk - tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer - besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati. Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama. Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.

Sunday, January 17, 2010

ANALISIS PRESTASI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Untuk makluman Tuan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpul maklumat analisis prestasi peperiksaan mengikut tahap dan tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 5, sehubungan itu, dipohon jasa baik tuan untuk menyediakan maklumat tersebut. Sila download borang melalui laman web ini

Borang

Sila email kembali ke email berikut untuk tindakan selanjutnya

snmtppdgm@gmail.com atau wanbad05@gmail.com

sebelum 23 Januari 2010

sekian terima kasih.

Wednesday, January 13, 2010

KURSUS LITERASI DAN NUMERASI PPD GM

Assalamualaikum,
Kepada semua yang berkenaan, satu kursus kepada guru LINUS (Literasi dan Numerasi) dalam daerah Gua Musang akan di adakan pada 24 - 26 Januari 2010 untuk Literasi dan 26 - 28 Januari 2010 untuk Numerasi. Kursus tersebut akan berlangsung di Hotel Grand Riverview Kota Bharu. Untuk pendaftaran boleh lah ke laman blog ini snmtppdgm.blogspot.com

Untuk makluman buat permulaan ini seorang guru matematik tahun 1 dan seorang guru bahasa melayu tahun 1 di wajibkan hadir untuk menjayakan kursus tersebut. Kepada sekolah yang tidak dapat menghantar peserta akan di anggap tidak memberi kerjasama dan menggagalkan agenda negara.

Tuesday, January 12, 2010

Perhimpunan Bulanan PPD GM

Perhimpunan ini telah diadakan pada

10 Januari 2010



bertempat di PPD Cawangan (SMK TIP2)

Jam 8.00 pagi



Sempena dengan majlis perhimpunan ini diadakan juga majlis perpisahan kepada 2 orang pegawai yang telah bertukar:

1. En Ibrahim b Mat (Naik pangkat Guru Besar SK Blau)
2. En. Roslee @ Isahak (bertukar ke Pasir Puteh)









Tuesday, December 29, 2009

WELCOME 2010

Assalamualaikum,
Kepada semua warga pendidik tak kira di mana sahaja berada, di ucapkan selamat tahun baru, di harapkan tahun 2010 akan memberi lebih sinaran kepada semua warga pendidik, terutama kepada warga pendidik negeri Kelantan, semoga tahun 2010 akan menjadikan Negeri Kelantan no 1 dalam semua bidang, terutama bidang akademik, marilah kita semua bekerja dengan penuh ketakwaan dan tawadu', pandanglah pelajar kita dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan, lihatlah masa depan mereka, zaman akan datang mereka, didiklah, bimbinglah, asuhlah dan dewasakanlah mereka, mungkin cara kita berbeza, tapi matlamat kita semua sama, ingin melihat anak didik kita menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jayakanlah misi yang selama ini di bina, CAKNA PENDIDIKAN KELANTAN TERSOHOR 2010, realitikan ia, saya pemilik blog ini sekali lagi mengucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya..semoga semuanya berjaya

Saturday, December 19, 2009

Mesyuarat Pengurusan PPD GM

Mesyuarat ini akan berlangsung pada 20 Disember 2009 di Kesedar Inn, mesyuarat ini akan dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar dari seluruh daerah Gua Musang. Mesyuarat ini akan berlangsung jam 2.00 petang. Antara agenda mesyuarat ialah :
1. Persediaan sekolah untuk menghadapi persekolahan 2010.
2. Taklimat SKPM
3. BA ' IAH
4. LINUS
5. Pemerkasaan Headcount dalam menghadapi 2010