Thursday, October 8, 2009

Taklimat LDP

Wednesday, August 19, 2009

Taklimat Kajian Keberkesanan LDP Secara School-Based

Tarikh : 20 Ogos 2009
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Bilik Gunasama 1
Bangunan Persekutuan Gua Musang

Tuesday, August 4, 2009

Mesyuarat Pengurusan LDP pada 3/8/2009

Thursday, July 30, 2009

LAPORAN LDP

Perhatian kepada S/U LDP sekolah, di minta supaya menghantar laporan LDP sekolah sebelum atau pada 2/8/2009.

Antara perkara yang perlu di emailkan ialah :
1. Borang KMLDP Ver 2.13 (boleh download dalam laman blog akademik2u.blogspot.com
2. Prestasi kewangan LDP

maklumat di atas hendaklah diemailkan ke ppdgmldp@gmail.com

Thursday, June 25, 2009

Undang-undang penjawat awam

Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau Guru

Para pendidik atau guru adalah kakitangan awam atau kerajaan di bawah Perkhidmatan Pendidikan. Oleh itu, mereka tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah perintah Am. Satu daripada peraturan dalam perintah Am menyebut :

"SESEORANG PEGAWAI BOLEH DIARAHKAN BERKHIDMAT DI MANA-MANA SAHAJA OLEH KERAJAAN, MELAINKAN ADA SYARAT-SYARAT KHAS YANG MENETAPKAN SEBALIKNYA"

tiap-tiap pegawai dalam perkhidmatan awam yang memegang jawatan tertakluk kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja daripada segi perlantikan, tetapi daripada segi tempat dan masa. Hanya daripada aspek 'pembuangan' seseorang pegawai atau 'penurunan pangkat', Fasal 135 dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipatuhi.

"TIADA SESEORANG ANGGOTA MANA-MANA PERKHIDMATAN YANG TERSEBUT DALAM PERENGGAN (b) HINGGA (h) FASAL (1) PERKARA 132 BOLEH DIBUANG KERJA ATAU DITURUNKAN PANGKAT OLEH SESUATU PIHAK BERKUASA YANG RENDAH DARIPADA PIHAK BERKUASA YANG, PADA MASA PEMBUANGAN KERJA ATAU PENURUNAN PANGKAT ITU, ADA MEMPUNYAI KUASA MELANTIK SEORANG ANGGOTA PERKHIDMATAN ITU YANG SAMA PANGKATNYA".

Oleh itu, apabila seseorang itu hendak ditukarkan dan bila dia hendak ditukarkan adalah bergantung kepada kerajaan menentukannya. Tidak perlu diadakan perbicaraan yang penuh bagi melihat dan menentukan dakwaan mala fide atau niat yang buruk atapun dakwaan 'tidak munasabah'

Sebagai seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam, dan selama mana dia berkhidmat adalah terpulang kepada kerajaan menentukan sama ada pertukarannya itu untuk kepentingan awam ataupun tidak, kerana kerajaan mempunyai tugas yang besar untuk dipikul.

Monday, May 4, 2009

MESYUARAT PELAPORAN UBB 2 DAN LDP

Perhatian kepada semua Guru Besar,
Satu mesyuarat pelaporan UBB 2 dan LDP akan diadakan pada 7hb Mei 2009 Jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Gunasama 1, Bangunan Persekutuan Gua Musang, antara perkara yang perlu dibawa :
i. Analisis UBB 2 Tahun 6 (2009)
ii. Keputusan Pelajar Target UPSR 2009
iii. Perancangan peningkatan kecemerlangan akademik
iv. Laporan Perlaksanaan LDP secara “School Base“
v. Perancangan LDP secara “School Base“

Friday, May 1, 2009

PERLAKSANAAN KURSUS

PERHATIAN!!!

Kepada semua SU LDP sekolah, mana-mana sekolah yang masih belum melaksanakan kursus LDP secara "school base" adalah diwajibkan melaksanakan segera, sebelum peruntukan di tarik balik. Adalah di harapkan kursus tersebut mestilah mencakupi aspek-aspek yang di maklumkan iaitu : Peningkatan pengetahuan profesionalisme (P &P), Peningkatan Kemahiran Profesionalisme (Pengurusan) dan Nilai dan Amalan Profesionalisme (Sahsiah diri),dan ianya perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebelum JUN. Arahan ini adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia.